Thursday 5 April 2012

0

Ibrah Melalui Al-Quran

  • Thursday 5 April 2012
  • Unknown
  • Share
  • Al-Quran sememangnya diakui sebagai mukjizat teragung sepanjang zaman.Bayangkanlah sewaktu Nabi Muhammad saw menyampaikan isi kandungan Al-Quran di bukit Safa,kaum musyrikin ibarat terpukau dengan keindahan dan keajaiban Al-Quran,lalu Abu Jahal datang dan menghapuskan kekaguman mereka itu serta mencaci Baginda saw.Bukannya mereka menolak keindahan Al-Quran tetapi kerana ego dan taksub kepada agama yang dimiliki sejak zaman berzaman merencatkan keindahan Islam untuk memasuki jiwa kaum musyrikin.


    Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu taat akan sesuatu puak dari orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu nescaya mereka akan mengembalikan kamu menjadi orang-orang kafir sesudah kamu beriman.(ali-imran:100)

    Malam tadi saya sempat bermuzakarah Al-Quran dan Hadis di suatu majlis ilmu.Pengerusi telah membacakan ayat Al-Quran yang sangat mengagumkan jika dihayati dengan sebaiknya,ayatnya berbunyi:

    "Mereka telah Kami landa dengan satu suara dahsyat, maka jadilah mereka seperti rumput-rumput kering yang dikumpulkan dalam (pemilik)kandang." (al-Qamar:31)

    rumput kering utntuk dibakar

    Namun tidak saya sedari Allah swt telah menjadikan aktiviti membersihkan kandang yang dianggap remeh sebagai satu perumpamaan di dalam kitab agung,Al-Quran Nur Karim untuk mencela orang2 yang mengingkari perintahNya.Mereka secara jelas diibaratkan sebagai rumput-rumput kering yang tidak berguna apatah lagi menunggu masa untuk dibakar oleh peladang.Namun,dalam erti kata lain mereka hanya menunggu untuk dibakar oleh nyalaan api neraka Allah swt.Saya terbayangkan jikalau peladang dan petani yang sedang melakukan kerja mengumpul rumput-rumput kering ini menghayati ayat al-Qamar ini tentulah mereka akan menangis kerana takutkan seksaan Allah terhadap golongan musyrikin yang dibakar dengan nyalaan api neraka.

    Muzakarah ini diteruskan dengan membaca surah Muhammad yang berbunyi:

    "Wahai orang yang beriman! Jika kamu menolong Allah, nescaya Dia (Allah) akan menolong kamu dan meneguhkan kedudukan kamu."(Muhammad:7)

    Salah seorang daripada sahabat yang hadir telah mengulas ayat ini...
     
    "Sebelum ini saya telah meletakkan cita-cita dan harapan saya sebelum agama mendahuluinya.Saya telah melakukan dengan bersungguh-sungguh untuk mencapainya.Semakin saya mengejarnya semakin saya kehilangannya.Namun  saya tidak berjaya mencapainya seperti yang diharapkan walau saya mencapai cita-cita saya.Ayat Muhammad ini telah mengajar saya walau dalam dalam apa keadaan sekalipun letakkan agama Allah di tempat yang nombor satu sebelum cita-cita dan harapan saya.Kemudian setelah itu dilakukan barulah Allah mambantu kita dengan cara memudahkan impian dan hidayah dalam kehidupan kita"
    Dan saya juga tertarik pada ayat seterusnya:
      
    "Dan orang yang kafir, maka kecelakaanlah bagi mereka, dan terhapuslah amalan mereka.  Demikian itu adalah kerana sesungguhnya mereka benci kepada apa yang diturunkan Allah, lalu dihapuskan amalan mereka."(Muhammad:8-9)


    Sememangnya tiada amal bagi orang-orang kafir.Walaupun mereka berbuat kebajikan sebesar bukit Uhud nescaya Allah menghapuskan amalan-amalan mereka.Contohnya Bill Gates telah mengasaskan The Bill & Melinda Gates Foundation, dengan dana yang sangat besar.Baru-baru ini juga beliau telah mengumumkan dana sejumlah 96 juta ringgit untuk tujuan penyelidikan penyakit bagi mengesan penyakit di negara-negara membangun.Namun jika diambil intisari dari surah Muhammad tersebut,tiada apa yang perlu dikagumkan.Apa yang lakukan hanyalah ibarat debu-debu yang berterbangan di sisi Allah.Mereka(orang kafir) benci dengan apa yang diturunkan Allah dan sama sekali tidak akan redha dengan Islam selagi kita(orang muslim) tidak mengikuti agama mereka:

    Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka… (Al-Baqarah: 120)

    Jadi siapa yang perlu kita kagumi,kehebatan orang kafir laknatullah ataupun kehebatan Allah swt yang kita kasihi?
    Siapa yang perlu kita ikuti,budaya dan cara hidup orang barat ataupun Islam sebagai cara hidup dan teladan sepanjang zaman?
    Semoga kita terus dibimbing Allah ke jalan yang diredhai..InshaAllah

    moga sesimple ini terdapat pengajaran :)

    0 Responses to “Ibrah Melalui Al-Quran”

    Post a Comment

    Subscribe